BONUS RAMADHAN !
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan
semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan
kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan
Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.
Kenapa dinamakan universiti
Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana
jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan
kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.
Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari
ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university
Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma
niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.
Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai
bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan
rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita
sebut dengan yang tak baik sudahlah. “Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan
minum susah. Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan
rahmah, bulan maghfirah.
Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini
manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan
Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan
Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul
tak?
Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk
menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah
‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi,
berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada
Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan
buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka,
iaitu amalan-amalan sunat.Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.
Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan
ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan
nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah
dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru
dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan
mujahadah.
Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu
usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang
melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada
satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan
mujahidin.
Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah. Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan
maghfirah ini berkait-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas
solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah
maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu
taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.
Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan
kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu
rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.
p/s : xtau nak update ape entry so saya share la dari email yg saya dapat k..hihihi.. SELAMAT BERAMAL!!
to be continue laterr....
~Sharing is Caring~
2 comments:
hai babe... hehe :)
hye babe... heheh
Post a Comment